PROFIL KAMI

PENGENALAN
KPN adalah kontraktor perumahan, sebuah perniagaan berdaftar dengan SSM dan CIDB untuk pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam sahaja.
Sebagai sebuah perniagaan yang baru ditubuhkan, KPN berusaha mengisi ruang diantara kontraktor sediada bagi membantu masyarakat yang memiliki impian untuk memiliki rumah bagi keluarga tersayang.
Sistem Pengurusan Kejuruteraan dan Sistem Pengurusan Projek Berkualiti Tinggi menjadi asas pengurusan pembinaan KPN. Pelanggan adalah RAJA bagi kami dan tiada bertolak ansur dalam menjaga kepentingan pelanggan kami.

VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi :
Menjadi pembina rumah kediaman berkualiti tinggi dan mesra penghuni persekitarannya.
Misi :
Sentiasa mengguna rekabentuk terkini, bahan sumber berkualiti,tukang rumah berkemahiran tinggi dan mengekal mutu standing nilai serta menjaga sekuriti pelanggan dan kelestarian alam sekitar awam. 
Objektif :
  • Mempastikan nilai pelaburan pelanggan adalah setimpal dengan mutu produk yang dibeli.
  • Mempastikan rungutan sifar oleh pelanggan setelah mendapat pemilikan kosong serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang efektif.

NILAI KORPORAT

Semangat Bekerja Bermasyarakat.
KPN sangat mengutamakan semangat kerja berpasukan serta mengambil berat urusniaga dengan rakaniaga dan penduduk sekeliling. 

Pelanggan adalah Keutamaan.
Pelanggan adalah majikan kepada KPN dan akan sentiasa bertindak untuk kepentingan pelanggan.

Penambahbaikan Berterusan.
Demi mempastikan objektif perniagaan tercapai, penambahbaikan dalam sistem pengurusan akan sentiasa diberi nilai tambah dengan merujuk setiap projek yang dilaksanakan.

Integriti.
Integriti akan menjadi teras asas dalam apa jua tindak tanduk dalam pengurusan supaya KPN boleh diterima pelanggan sebagai kontraktor yang boleh dipercayai, beramanah dan bertanggungjawab.

PIAGAM PELANGGAN
Kami akan sentiasa beretika dan telus dalam bidang tugas berikut:-
  • Pembangunan Konsep Rekabentuk.
  • Sebutharga. 
  • Pengurusan Kontrak.
  • Perolehan.
  • Pembinaan.
  • Milikan Kosong.
  • Tanggungan Kecacatan.
  • Perkhidmatan Selepas Jualan.
Kami juga berikrar akan sentiasa menjaga sebarang aduan pelanggan dan memberi maklumbalas dengan kadar segera.

CARTA ORGANISASI



DASAR UTAMA
Buat Perkara Yang Betul, dan Buat Dengan Betul :-
  • PEMBELIAN BAHAN BINAAN
  • PENGGUNAAN KAEDAH BINAAN
  • PENYEWAAN PERALATAN BINAAN
  • PERLANTIKAN KAKITANGAN BINAAN